jatuh cinta dengan teman baik.....??

alangkah beruntungnya jika mempunyai seorang sahabat baik yang sering berada disisi kita....sering bertukar cerita, saling membantu, berkongsi masalah dan suka duka kehidupan...saling menyokong antara satu sama lain, seperti mana seorang sahabat sentiasa memberi sokongan kepada sahabatnya...


tanpa kita sedari, kita sudah jatuh cinta kepada teman baik kita itu...tidak salah jika kita jatuh cinta kepada sahabat kita itu, jika masing2 masih solo...tapi bagaimana caranya...??meyh sini aque nak tunjukkan....artikel ini khas aque buat untuk diri aque sendiri dan teman aque yang sedang dilanda masalah mengenai teman baiknya....

DILEMA : PERSAHABATAN VS PERCINTAAN

kebanyakan individu yang jatuh cinta kepada sahabat baik mereka amat sukar untuk meluahkan perasaan...ini kerana mereka berpendapat tali persahabatan yang telah terbina sekian lama amat berharga dan mereka khuatir seandainya hasrat cinta mereka diluahkan, persahabatan mereka akan terganggu...malah jika tidak kena caranya, persahabatan terputus...setiap perkara ada risiko, sama ada kecil atau besar...sebelum pergi lebih jauh, selami hati anda terlebih dahulu dan putuskan apa yang anda mahukan dalam hidup...

STRATEGI

jangan sesekali bertindak terburu-buru...jika dia hanya kenalan biasa, mungkin lebih mudah mengungkapkan cinta...tetapi bagi seorang sahabat baik, lebih sukar untuk mencurahkan isi hati anda...si dia mungkin akan terkejut dan bertindak defensif lalu menjauhkan diri...jika anda sukakan dia, mulakan dengan memberi sedikit demi sedikit petanda agar dia boleh menerima perubahan isi hati anda dengan lebih terbuka dan rasional...pada masa yang sama, perhatikan reaksinya...lihat tindak balasnya, dari situ anda boleh menilai sama ada anda mempunyai peluang ataupun tidak...pada masa yang sama, pastikan anda sentiasa ada untuknya pada saat dia memerlukan anda...ingat, anda sahabat baiknya...jangan dek kerana terlalu mengejar cinta, status dan tanggungjawab anda sebagai seorang sahabat diabaikan...

LUAHKAN PERASAAN

memandangkan anda merupakan sahabat baiknya, sedikit sebanyak anda tentu mengenali dan memahami dirinya...jangan luahkan perasaan dengan cara yang dia tidak suka...cari masa yang sesuai...lakukan dengan penuh ikhlas dan penuh berhikmah...dia mungkin akan menerima atau menolak...apa pun keputusannya, terima dengan hati yang terbuka, kerana anda telah berterus terang dan mendapat jawapan kepada setiap persoalan anda...kalah setelah mencuba sedaya upaya  lebih mulia daripada kalah sebelum bertarung...tidakkah anda akan menyesal di kemudian hari kerana tidak menyuarakan isi hati...

PESANAN 

kepada sahabat aque, aque taw koe akan menziarah kt cni...so, inilah pendapat aque...ini saja yang aque dapat katakan pada koe...selebihnya pandai2 koe laa bro....sebenarnya, note neyh untuk diri aque sendiri...tapi dah terlambat...aque dah kehilangan dia tanpa sempat aque nyatakan isi hati aque... :') gud luck bro...!!

No comments: